Kami adalah apa yang berdiri di antara tangan-tangan suami  panas baran  dan wajah anda yang bakal disakiti.

Kami adalah tempat rujukan bila anda rasa kamar sudah hilang panasnya.

Kami adalah telinga yang sentiasa mendengar , walaupun semerepek mana rungutan anda.

Kami adalah kompas moral  anda yang akan menyedarkan anda, jangan berperangai kebudak budakan jika umur sudah 4 series.

Kami adalah tempat lepak anda , sementara  menunggu iklan drama yang ditonton habis .

Kami wujud untuk memperbaiki, hubungan yang masih boleh diperbaiki , sambil menunjuk, rumah tangga jenis mana yang patut dicontohi.

Kami di sini ketika anda mahu berubah selangkah lagi.

Kami peduli, tak seperti sesetengah suami , dan memberi , tak seperti sesetengah isteri.

Kami penadah air mata anda, dan kami juga pengukir senyum manis anda.

Semuanya agar , SUAMI ISTERI, KELUARGA BAHAGIA.

0 comments :

Post a Comment

 
Top