salam admin.. sy nak share kisah suami saya dan kehidupan rumah tangga saya.. selama 5 tahun perkahwinan saya dikurniakan 3 anak lelaki.. perkahwinan saya bukan lah bahagia dari awalnya.. walaupon kami berkahwin atas dasar cinta namun silap saya kurang mengambil tahu background suami.. suami saya terlibat dengan penagihan ice.. suami saya keluar malam balik pagi dan kadang kala tak balik.. terus pergi kerja.. suami lebih pentingkan kawan-kawan dari saya hinggakan saya dalam pantang pun suami biarkan dan keluar ke kelab bersama kawan-kawannya.. arak dan judi perkara biasa baginya.. mujur lah ada keluarga dan simpanan saya yang bantu saya menyediakan kelengkapan anak-anak. dari anak pertama hingga ke dua saya masih bersabar dengan janjinya hendak berubah. saya bekerja sebab saya yakin apa-apa saja mampu terjadi dalam rumah tangga saya. cukup ramai yang menasihati saya agar meninggalkan dia tapi saya masih juga memberinya peluang.. hidup berendam air mata memang makanan saya setiap kali kami bertengkar. mujur dia tidak pernah sekali pun naik tangan pada saya atau anak2.. tahun ke empat perkahwinan, suami kena buang kerja.. di situlah bermulanya kemuncak masalah saya membesarkan dua orang anak sendirian. suami tetap dengan tabiat keluar malam dan kadang2 tak balik langsung. entah dari mana datangnya idea saya ke balai polis dan membuat laporan tentang penagihan suami. saya juga meminta suami melafazkan cerai jika mahu saya menarik balik report yang saya buat. ketika itu lah baru suami saya sedar akan kesalahannya. dia mula meninggalkan semua tabiatnya dan mula bekerja demi anak-anaknya. suami memujuk untuk kembali semula demi anak-anak. saya memberinya peluang sekali lagi dan alhamdulillah.. kini sudah bertambah satu anak. suami saya jauh berubah.. balik kerja masanya hanya lah bersama saya dan anak-anak dirumah. duit gajinya semua diserahkan pada saya untuk saya uruskan. saya berharap suami saya akan kekal berubah dan berharap warga krt turut mendoakan agar suami saya kekal berubah..

0 comments :

Post a Comment

 
Top