Assalamualaikum admin . Minta jasa baik admin siarkan post saya dan hidekan profil facebook ni sebab ni bukan facebook saya . Saya tidak mempunyai sebarang account facebook sendiri .

Bismillah. Saya telah berkahwin selama 5 tahun dan baru mempunyai seorang cahaya mata yg kini berumur lingkungan 2 tahun . Saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan suami saya sebaliknya suami saya seorang yg rajin bekerja dan bertanggungjawab . Apa yg saya nak luahkan disini adalah mengenai keluarga belah suami . Suami mempunyai seorang adik perempuan bujang, seorang adik lelaki bujang, 2 orang abg yg sudah berkahwin dan seorang kakak yg juga sudah berkahwin . Pada awal perkahwinan , saya bekerja dan gaji basic saya rm1600 tapi kadang kadang dapat 2000++ ot . Manakala gaji suami hanya makan komisen . Kadang kadang dapat la 1000-3000 sebulan . Kadang kadang tak dapat langsung gaji dlm sebulan . Saya volunteer untuk bayar sewa rumah setiap bulan rm400 jika suami tiada gaji tanpa minta ganti balik walaupun suami ingin ganti balik . Tapi suami tidak pernah lupakan tanggungjawabnya . Nafkah dia akan selalu bagi dan nafkah untuk ibunya juga dia tidak pernah lupa . Jika dia tiada gaji dlm satu masa tu , saya volunteer untuk hulur duit untuk ibunya tapi ibunya tidak pernah tahu duit itu dari saya sebab saya suruh suami rahsiakan . Adik adiknya yg bujang pun selalu minta duit dengan suami . Kalau suami takde income bulan tu , saya juga volunteer hulur duit tu dekat adik dia tapi adik adiknya juga tidak pernah tahu tu duit saya . Pernah sekali adik lelakinya call suami sebab nak pinjam duit rm500 sebab ada hal penting . Masa tu suami takde income masuk . Saya bagi duit saya . Tapi saya kecewa bila saya tengok di insta , adiknya upload dia celebrate birthday awek dia dekat hotel dan memang lawa gila preparation untuk birthday tu . Saya dapat tahu duit tu duit saya . Rasa terkesan dlm tu hati . Ingat penting sgt halnya . Dan untuk pengetahuan semua , adiknya cakap je pinjam tapi lebih ibarat kepada terus memberi sebab dia mana kerja nak bayar balik semua tu . Saya sendiri pun ada adik , adik saya bersyukur gila kalau saya hulur duit walaupun rm100 dan dia guna untuk kelengkapan sekolah dia ataupun menabung . Soal adik perempuannya pula , selalu minta duit dan memang kerap la saya bagi duit tanpa pengetahuan dia . Mungkin nampak kt sini saya bodoh tapi saya kasihankan suami . Banyak beban suami kena tanggung dan suami kerja pun makan komisen bukan setiap bulan masyuk . Kalau suami dapat gaji besar , suami memang akan bagi duit untuk adik adiknya , ibu bapanya juga ibu bapa saya .

Selepas 2 tahun berkahwin , saya decide untuk berhenti kerja sebab saya penat dengan karenah adik beradik suami yg selalu minta duit . Suami tk pernah marah saya nak berhenti kerja . Jadi semua atas bahu suami selepas saya berhenti kerja . Saya tak kisah jika suami tk berikan nafkah untuk saya asal barang dapur tk pernah diabaikannya . Tapi saya terkilan bila adik perempuan si suami ada mesej saya katanya suami saya kerja takde gaji ker saya yg ambil semua gaji suami . Saya tanya kenapa . Dia cakap dulu kalau minta duit dengan abangnya mesti dapat banyak banyak . Saya rasa terbakar je hati saya . Hidup dia memang nak kikis harta orang penat lelah cari rezeki ker . Saya sabarkan je . Kini adik beradiknya semua menjauh dari saya . Mungkin masing masing tak dapat kemewahan hasil mengikis duit orang . Saya sedih sgt dengan keadaan ni . Mereka anggap saya kikis duit suami sampai suami tk mampu bagi mereka duit lagi . Saya ada minta dengan suami untuk kerja lagi tapi suami tak izinkan . Suami kata dia masih mampu nafkahi saya dan ibu bapanya . Tapi tu la adik beradiknya. Saya tertanya tanya . Suami wajib ker bagi duit untuk adik beradiknya . Mereka makin menjauh dari saya . Yg dulunya selalu tanya khabar saya , kini tak lagi malah kalau berjumpa , nak senyum pun susah . Kakak dan abangnya yg dh berkahwin pun macam tu juga . Selalu ambil kesempatan atas sifat murah hati suami . Saya pula tk sampai hati . Sebab tu saya selalu hulur duit saya waktu saya kerja dulu . Mohon semua jangan anggap saya sensitif . Mungkin nampak isu kecil tapi saya makan hati keluarga mereka menjauh saat saya tiada duit sendiri . Saya disalahertikan menghabiskan duit suami .

0 comments :

Post a Comment

 
Top