
Salam warga SIKB. Dan harap admin hide profile saya. Juga mohon warga krt komen yang murni sebagai pendorong semangat. Tolong jangan kecam.
1-Saya berkawan dengan suami sejak dari sekolah. Jejak puluhan tahun. Dan kerana jodoh,kami disatukan. Alhamdulillah, dikurniakan zuriat. Saya dan suami masing2 bekerja untuk menstabilkan ekonomi rumahtangga kami, disamping berazam membesarkan anak2 bersama2. Kami bahagia. Walaupon kadang hidup susah, tetapi saya tak kisah asalkan dapat menghabiskan seluruh hidup bersama suami dan anak2. Walaupon tak terima nafkah zahir,tak mengapa. Walaupon tak kenyang perut tak mengapa. Walaupon tergadai barang kemas pon tak mengapa. Jika itu nilai pengoranan untuk keluarga, tak mengapa. Saya bekerja untuk menolong suami, dan semestinya saya iklaskan segalanya.
2-Tetapi dugaan datang. Suami kantoi bermain perasaan dengan rakan sekerja. Kesusahan hidup bukan la penghalang untuk bermain perasaan dengan wanita lain. Rupanya lah. Saya teramatlah kecewa. Dan seperti kebiasaan orang yang kecewa, pasti akan mengenangkan pengorbanannya seolah tidak dihargai.
3-Kecewa saya sampaikan saya menghubungi wanita itu, dan bertanya "sudahkah dia menyediakan diri untuk menjaga anak2 saya,selain menolong suami dari segi ekonomi? Dan kalau sudah, silakan, saya sedia undur diri". Dan saya tidak tahu kemana pergi perasaan saya ketika itu. Merana mungkin. Sedih, itu semestinya. Rasa kebahagiaan tak lagi milik saya. Pedih tak tertanggung. Tetapi wanita itu menolak dan meminta maaf. Malah dengan sendiri berjanji tidak akan menghubungi suami saya lagi. Percayakah saya dengan janji wanita itu? Ya, saya terpaksa percaya demi anak2 dan bukannya demi perasaan saya. Dilihat wanita itu lebih muda dan cantik berbanding saya. Dan dia mengetahui suami telah mempunyai isteri tetapi masih mencuba menjadi perampas. Awak terlalu muda untuk menjadi pemusnah rumahtangga orang wahai adik.
4-Dibelah suami pula, saya mendesak supaya kami berpisah dan tidak mahu suami mempermainkan perasaan wanita itu. Saya juga menyuruh suami mencari kebahagiaan yang mungkin dia perlukan bersama wanita itu. Tetapi suami juga menolak untuk berpisah dan menyesal dgn perbuatannya. Saya juga malu kerana suami seolah tak sedar diri bahawa dia adalah suami orang sedangkan di tempat kerjanya ramai lagi lelaki bujang tetapi suami saya pula yang lebih gatalnya dari si bujang, saya malu.
4-Penolakan mereka itu lebih menyiksakan jiwa saya, kerana mereka seolah bermain tarik tali. Kenapa tak nak tetapi berani mencipta masalah? Sedang saya korbankan segalanya untuk rumahtangga saya, setia kepadanya dan sebagai hamba untuk syurga saya kelak.
Saya hanya ada Allah sebagai tempat mengadu, saya tak punya sesiapa. Dan saya akhirnya memaafkan kesalahan mereka demi anak2 dan cinta yang saya pertahankan selama puluhan tahun.
5-Di sini, saya ingin menanyakan kepada warga sikb, apakah pendapat kamu semua tentang masalah saya? Saya tiada penyakit, mungkin cuma hilang seri selepas berkawin, tetapi saya dikhianati. Kamu semua rasa, bagaimana nanti jika Allah ingin menduga saya dengan penyakit kronik atau kehilangan apa2 pada anggota saya, adakah suami saya akan meninggalkan saya kelak mencari wanita lain seperti sekarang atau dia akan menerima saya dan mnjaga saya sehingga keakhir hayat saya?? Saya tidak berani bertanya soalan seperti ini kepada suami kerana saya tidak yakin saya akan menerima jawapan yang saya harapkan. Sedang saya elok sihat tubuh badan, tetapi dikhianati, apalagi kalau saya sakit, mana mungkin. Sekadar luahan hati insan tersakiti.
EN SUAMI, ADAKAH KAMU AKAN MENERIMA DAN MENJAGA SAYA APA ADANYA SAYA KELAK???
A-saya akan mencari penggantimu
B-saya akan menceraikanmu
C-saya akan menerima dan menjaga mu
0 comments :
Post a Comment