
Salam admin. Minta mohon hide profile sy.
KISAH SUAMI SAYA YANG SEMPURNA
Sebelum ni saya pernah post yang saya sangat beruntung dapat suami yg memahami dan nak jadi yg terbaik walaupun saya ni ada sikit kekurangan iaitu susah bangun awal dan tak suka memasak. Alhamdulillah ramai yang bagi komen positif dan ada akak2 yang komen negatif macam "ko tak rasa lg kawin hidup 10-20 tahun boleh la sembang".."setahun tu zaman honeymoom lg".."laki kau nak jaga hati kau je tu, esok tengok laa"...
Bagi saya, setiap perkahwinan tu ada pasang surutnya. Saya kawin hampir setahun pun sy kenal baik buruk suami saya begitulah sebaliknya dia pun tau baik buruk saya. Mustahil lah dia takde sikit pun tabiat buruk. Saya cuma nak berkongsi cerita positif dan minta pendapat yg baik2, selalu posting di SIKB banyak menceritakan masalah rumahtangga dan kadang2 saya percaya sedikit sebanyak buat orang rasa takut utk berumahtangga spt lelaki di dunia ni semua tak berguna.
Saya cuma nak berkongsi dan beri sedikit suntikan motivasi kepada isteri2 dan suami2 di luar sana. Memang di akui usia perkahwinan kami baru setahun jagung, tapi tak salah kn saya hargai setiap perkara kecil yang suami saya buat pd saya dan sy jarang nak bandingkan hubungan sy dgn pasangan jauh lebih sweet. Sy cuma amalkan sikap sentiasa bersyukur perkara kecil2 yg dia buat dan sentiasa nk beri yg terbaik untuk suami saya.
Setiap kali dia belanja makan pun tak pernah saya miss dengan ucapan "terima kasih abang belanja saya dan semoga abang murah rezeki selalu..amiin"...sebelum tidur, saya selalu tatap mata dia dan ucapkan kata2 penghargaan "terima kasih sb menjadi suami terbaik, abgla suami terbaik di dunia dan harap dpt jd bapa yg terbaik utk anak kita nanti". Sebenarnya ni perangai saya sejak kecil dengan ibubapa saya. Suka bagi kata2 penghargaan. Kalau mak bapak saya belikan hadiah atau sanggup bersusah payah untuk saya,, pasti saya cium mereka dan ucapkan terima kasih masa dulu.
Saya tak suka masak tak bermakna tak masak langsung, saya masak tapi bukanlah setiap hari sebab suami sy tak suka lambat2 sebab saya masak slow dah la tak berapa sedap. Hehe. Tapi terima kasih di atas nasihat kakak2 yg mendoakan semoga berkekalan, saya akan perbaiki masakan saya kerana ramai kata "pikat suami kena la melalui perutnya" dan cuba tidur awal supaya saya boleh adjust masa tido pagi saya supaya sy dpt perbaiki diri sy menjadi isteri yg terbaik dan sempurna di mata dia

Seronok saya baca ada kakak2 dan makcik2 yang komen mendoakan semoga saya perbaiki diri sy supaya menjadi yg terbaik. Inshallah setiap kata2 kakak2 dan makcik2 akan sy ingat dan jadikan suntikan motivasi saya menjadi isteri yg solehah utk suami saya. Semoga ianya berkekalan sehingga ke nafas yg terakhir. Always give and taka. Jika dia dah buat yg terbaik, saya kena berlumba beri yg tebaik pula. Amiin.
Saya juga mendoakan semoga ramai lagi isteri2 dan bakal isteri di luar sana merasakan apa yang saya rasa sepanjang alam rumahtangga.
0 comments :
Post a Comment