Assalamualaikum... Saya nak mohon pendapat dan sokongan....

Saya seorang ibu... Yg mempunyai ank yg bersekolah 4 org.. Sekarang sya tgh mengandung.. Dah usia kandungan dah hampir masuk 7 bulan... 


Saya mempunyai seorg suami.. Tp dia melepaskan tanggungjawabnya 100% rumahtangga keatas saya.. Semua perlu saya buat seorang diri.. Nak mencari nafkah.. Utk ank2 bersekolah dan keperluan harian... Saya umpamakan terkapai2 bersama2 anak2... Saya tiada keluarga yg boleh diminta bantuan yang boleh memahami masalah yg saya alami... Sejak2 akhir ini saya betul2 tertekan.. Memandang persekolahan hampir dibuka x lama lagi.. Saya ada tempoh 1 bulan sahaja utk mengumpul duit utk keperluan ank2.. Saya nak mohon zakat sbgai ibu tunggal x boleh sb sya blm bercerai .. Tp nak memohon zakat dengan status isteri lagi sukar... Saya x pernah menceritakan masalah saya pada sesiapa sebab sya malu org akan memandang hina pada sya... 

Cuma skrg sya betul2 memerlukan semangat , sokongan dan pendapat yang membina utk saya memulihkan semangat sya dalam mengharungi hidup saya... Bila memikir keadaan saya ini yang berbadan dua dan dengan keperluan persekolahan ank2 nanti... Saya jadi betul2 tertekan.. Kadang2 saya fikir.. Andai saya x mampu nak sekolahkan ank saya.. Sya nk berhentikan sahaja ank2 saya bersekolah... 

Buat masa ini sya dapat mencari keperluan makanan ank2 saya dengan mengasuh ank.. Tp bila fikir keadaan saya yang semakin sarat. Saya semakin buntu... Mampukah saya mencari keperluan utk ank sya lagi nanti...

0 comments :

Post a Comment

 
Top