Admin tlg hide fb sy. Sy berumur hujung 20 an merancang untuk bernikah dan keluarga menentang sekeras kerasnya apabila mendapat tahu pasangan seorang duda muda dan punyai anak sebelum ini.. tambahan pula pasangan hanya seorang pekerja biasa dengan gaji anggaran RM1.3K sebulan sedangkan sy bekerjaya dgn gji lebih 3x ganda. Keluarga mungkin bimbang sy akan teraniaya dan trpaksa hidup susah dgnnya kelak.. apabila bakal suami tahu niatnya mmpristerikan sy ditentang.. dia telah memaksa sy utk menidurinya semata2 tidak mahu kehilangan sy.. padahal dia seorg yg sangat baik dan mengmbilberat sebelum ini..


sy telah disumpah akan dibuang keluarga dan tidak akan bahagia selamanya sekiranya tetap ingin berkahwin dgn duda tersebut.. yg memgecewakan dia juga semakin lama semakin berubah dan menjadi org asing dlm hidup saya.. mungkinkah dia kecewa dgn keluarga sy yg terusan menghalang hubungan kami sedangkan keluarganya sgt baik melayan sy??.

sy pernah terfikir meninggalkannya tapi ikatan kekeluargaan yg kuat antara sy dan anak2nya dan keluarganya sgt rapat. Maknya sering bertanya tntang sy dan adiknya sering bertanya khabar sy.. sedangkan dia semakin jauh dgn sy.. dia hanya akan menghubungi sy saat dia perlukan bantuan kewangan.. terbaru dia minta sy gunakan nama sy utk buat loan kereta. Sdgkan sy tau dia mmg x mampu nak byr bulanan. bulanan motor dia pun kdg sangkut. kdg terfikir adakah dia hanya ingin mnggunakan sy utk kepentingan dirinya?? mungkinkah itu petanda bahawa sy memg tidak akan bahagia apabila bernikah dgnnya?? Sy yakin rezeki itu ade selepas bernikah.. tapi sy juga takut dgn sumpahan keluarga..

Tiada siapapun yg memahami sy..

Sy sangat buntu dan semakin hilang arah.. sy cuba melupakan dia dengan mendekatkan diri pada Allah.. sy cuba nekad utk terus melupakan dia sebagaimana yg keluarga sy mahu. Tapi hati ini tetap juga terbyg wajahnya setiap hari walau puas hati memujuk utk terus melupaknnya.. sampai ade yg berkata sy mungkin dah terkena ilmu pengasih..

Kdg hati bertanya..
1)kenapa lelaki saat mendapatkan memang lembut lidah tidak bertulang..

2)begitu mudah wang dan kedudukan menjadi ukuran bahagia

Andai ade pengajaran.. moga menjadi iktibar utk semua..

0 comments :

Post a Comment

 
Top