Salam.. admin tolong hidekan profil saya ya.. terima kasih..
Saya nak share cerita mengenai kehidupan sebelum saya berumah tangga dan selepas saya berumah tangga.. Sebelum saya berkahwin,saya pernah terlanjur dengan suami dan saya mengandung.. Keluarga saya dan keluarga suami memang marah sungguh pada kami dan mereka beri arahan pada saya supaya anak yang saya kandungkan itu diberikan kepada orang lain.. Pada masa itu hati saya tidak keruan kerana saya sayangkan anak saya.. Selepas sahaja Proses bersalin,saya melihat wajah anak saya,airmata saya berguguran dan saya peluk anak seperti rasa tidak sanggup kehilangan anak saya.. Keluarga dua dua pihak mahu anak saya diberi pada orang lain tetapi saya dan suami berkeras mahu jaga anak kami dan suami bersungguh sungguh mahu bertanggungjawab pada saya dan ank.. Alhamdulillah,mereka setuju.. Saya kahwin selepas setahun saya melahirkan anak saya.. Selama setahun itu suami memang bertanggungjawab,membeli susu pampers dan keperluan lain untuk anak.. Saya kahwin lambat atas sebab sebab yang tertentu.. selepas anak berumur setahun,saya kahwin dgn suami.. Alhamdulillah.. Selepas sebulan berkahwin,saya mengandung lagi dan selamat melahirkan.. Anak yang sulung perempuan dan nombor dua lelaki.. Syukur alhamdulillah anak kami sepasang.. Memang macam dugaan dan tomahan yang dilemparkan oleh orang sekeliling terhadap anak saya yang sulung,saya tidak ambil peduli dan saya anggap yang berkata kata mengenai saya melahirkan anak tidak sah taraf dan mengenai anak saya yang sulung itu sedang berpusing pada anak mereka.. Apa yang saya tahu,saya bahagia dengan anak anak dan suami saya.. Alhamdulillah Ya Allah.. Allah kurniakan suami yang baik dan bertanggungjawab pada anak anak dan keluarga.. Itu sahaja yang mahu saya kongsikan.. Terima kasih warga KRT dan Admin KRT..


#MaafAndaiCeitaSayaBerbelit
#SayaTidakPandaiMengarangCerita
#TERIMAKASIHKERANASUDIMEMBACAKISAHSAYA

0 comments :

Post a Comment

 
Top