
kawan saya [kawan baik lelaki] baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya. baru 3-4 bulan. seminggu sbelum berkahwin kami bersepakat untuk tidak terus keluar.. tidak terus berhubung memandangkan status sudah berubah. dia setuju. sebulan lepas tu dia mula mencari saya balik... katanya.. kawan sampai bila-bila kawan. saya menolak. tapi dia berterusan menghubungi saya.. katanya kerana saya adalah kawan dia paling rapat. dia cuma menghubungi saya waktu si isteri tiada. saya suarakan kalau kawan kenapa tidak msg macam orang-orang lain? kalau wife taksuka kenapa nak teruskan msg? si isteri sudah hamil. saya kecewa dengan tindakan dia yang melayan saya seolah skandal. saya akui kami sangat rapat. saya tidak reply mulakan msg saya bertubi-tubi.. ungkit kita kawan. knp layan dia macam ni.. call saya. bila saya utarakan isu si isteri. dia diam. saya yakin dia sayang isteri dia, tapi kenapa saya nampak sebaliknya?
betul ke ada istilah kawan baik lelaki dan perempuan? kami sangat selesa berkawan dulu sebab saya tahu dia bakal berkahwin dan saya juga suka kan lelaki lain. mungkin sebab sangat selesa; [contoh; berkongsi makan minum, tidur dengkur-dengkur dalam kereta, tunggu di luar toilet] sebab saya fikirkan kami hanya kawan rapat. sekarang situasi sudah lain. dia ada isteri dan bakal jadi ayah. tapi dia masih mencari saya. pernah tunggu saya didepan mall yang saya kuar ngan kawan-kawan just untuk jumpa saya. tanpa risau mungkin akan terjumpa saudara mara. saya bertanya dia, tiada jawapan yang saya dapat. macam ni ke suami curang? atau dia memang sangat clingy dengan semua kawan baik dia? pandangan lelaki mungkin membantu. terima kasih
0 comments :
Post a Comment