
Assalamualaikum harap admin hide info saya. Saya dah ada anak 1 dan baru 2tahun berkahwin. Masalah saya disini saya masih meragukan suami saya. Pertama kali dapat tahu dia bermain chat dengan perempuan lain iaitu janda pada hari ke4 sy berpantang. Ntah macam mana sy tergerak hati nak tgok hp dia sbb sepanjang sy duduk kat hospital selama seminggu,dia asyik kata bateri nak abis lah,nanti ada org kol la, bila saya mintak nak tgok hp. Bayangkan time tu saya baca msg dia dgn janda tu luruh hati saya dan rasa nak lari. Masa tu saya tanya bila lagi start msg,dia boleh jawab xpayah tanya benda dah lepas. Saya pula yg kena marah. Dengan keadaan sy pantang dah la operate Allah sajalah yg tahu. Itu ok lagi,sepanjang sy pantang sy xtaulah sy pantang ke x,sbb sy yang buat semua keja. Suami asal malam mesti menghadap laptop dan online. Lepas tu di buat Fb fake menyamar sebgai pompuan dan cet yg bukan2. Saya tanya ini fb apa? Dia bole kata fb tu dia jumpa kat cybercafe dan sanpai skrg sy still rasa dia guna fb tu tp sy xbole nak login sbb dah lama dia tukar password. Saya harap sgt yg pandai hack tolong sy,sy nak buat bahan bukti ni. Mak n pak mentua sy sgt baik, sy sgt sygkan keluarga sy tp di seolah2 xsygkan sy dan anak dia. Bila sy suruh sikit penatlah, itulah. Tak tahu nak kata apa lagi.

😢
0 comments :
Post a Comment