
Assalam Admin.
Mohon hide fb ni tq.
Saya telah berkahwin selama 5 tahun dan belum dikurniakan anak. Saya dan suami berpendapatan tetap dan dari dulu hingga sekarang kami tinggal berjauhan atas faktor kerja.
Saya berkahwin dengan suami atas dasar suami bersungguh sukakan saya dan saya yakin dia boleh bahagiakan saya. Pepatah orang, lebih baik kahwin dengan orang yang nakkan kita berbanding kahwin dgn org yg kita suka. Kos kahwin 1 sen pun saya x keluar duit utk majlis di kedua-dua pihak. Semua duit suami.
Masalahnya adalah pada diri saya. Saya langsung x suka suami saya walau pun telah bertahun2 mencuba. Dengar suara suami pun muak. Apatah lagi tengok muka. Klu call masuk, tengok nama dia dekat fon pun saya dah benci. Namun begitu saya tetap masak untuk suami saya, borak dengan dia dan kami saling berkongsi cerita dengan selesa. Saya tetap support dia dan saya tetap mengalah stp kali kami bselisih faham. Saya xdapat layan suami dibilik tidur sebab saya sgt x suka suami dan x feel. Awal2 perkahwinan ada jg kami tidur xsampai 5x tapi mungkin suami sedar ketidakikhlasan saya, lepas tu suami x minta.
Saya ingin berpisah dengan suami sebab lama camni lagi banyak dosa coz masing2 gagal dalam membahagiakan masing2. Saya sedar salah besar if saya yang minta dilepaskan. Suami sedar saya x suka dia, tapi dia x kisah. Stp kali saya ajak bebincang ttg saya x bahagia, dia akan ubah topik. Di awal perkahwinan dulu dia seorang panas baran, dan memaki hamun saya sehingga saya rasa terancam dan x selamat if dia dkt rumah. Sekarang dia lebih banyak berdiam dan mengelak berbual hal masalah perkahwinan kami.
Suami saya seorang yang baik, bagi tempat tinggal dan layan saya dengan baik. Xcurang (mungkin). Setiap kali saya ada masalah, suami saya ada dibelakang saya. Duit nafkah saya x kisah sangat sebab saya ada pendapatan sendiri. Lagi pun saya xnak terikat dan bergantung dgn dia. So sy lebih banyak berdikari sendiri. Kewangan suami xpernah stabil. Dia x pernah control duit saya dan saya x pernah minta duit suami. Pernah saya cakap dengan suami saya xpernah suka dia, pastu dia jadi baran melenting dan suami ckp, sesiapa lelaki yang nak kahwin dengan saya, kena cakap dgn dia dulu, minta saya dr dia baik2. Dia akan lepaskan saya kepada lelaki yg sanggup buat begitu.
Saya teringin hidup berkeluarga dan hidup saling menyanyangi dengan lelaki yg saya sukai. Ada anak2 jd penyeri. Saya xla cantik, tp mungkin manis tu ada ;p coz ramai jg lelaki x berapa nak gentleman yg nak dgn sy. Ramai ingt saya single coz saya selalu sendiri. Ke sana sini sorg2. Bila tau sy dah kawin pun diorg still nakkn sy. Saya pandang sepi semua coz saya tau klu sy bg harapan dkt diorg pun xkn bahagia.
Perlukah saya teruskan perkahwinan ni. Saya desperate sgt nak ada anak nak ada family tapi saya xboleh sgt2 dgn suami saya dan saya xsanggup minta dilepaskan sebab suami saya xbersalah. Dia bukanlah malaikat, ada jg keburukan dia lg teruk dr perangai2 lelaki dlm masalah2 dkt pageSIKB ni tp sy xkisah sgt sbb saya x efek pun oleh keburukan dia tu. Dah bertahun saya cuba pupuk rasa syg trhadap suami. Saya xpernah berhenti doa minta dibukakan pintu hati terhadap suami. Tapi makin lama semakin benci. Nk je sy ckp dgn suami suh dia cari minyak pengasih calit kat sy. erkk...
Nak dgr pendapat warga SIKB patut x saya berterusan begini. Saya sgt hargai pendapat semua sebab dah bertahun macam ni saya dh mental block. Xleh fikir jln keluar. Tq admin & likers SIKB.
0 comments :
Post a Comment