DIAM ITU BAHAYA.

"Dia pukul saya kak. Habis pecah bibir. Lebam mata" sambil tunjuk gambar masa kejadian.

Allahu. Terbelah bibir. Mata lebam hitam bengkak macam bertubi-tubi tangan jantan bergelar suami menumbuknya. 

Bingkas saya bangun. Menggigil. Dia yang cantik persis naelofar, hilang jelita secara total.

Yang lebih menyedihkan, nikah di siam sebagai isteri ke-2 seorang vip, perkahwinan tidak didaftarkan, akhirnya dilayan sebagai hamba seks sahaja. Anak2 tiri (isteri terdahulu yang telah meninggal dunia) cukup menyantuninya sebab isteri pertama yang sedia ada bolayan pada mereka. Tapi kudrat mereka pun lemah untuk melindungi si ibu tiri nan muda.

"Awak buat report tak?"

"Tak kak. Silap saya. Saya sayang sangat dia. Ikhlas. Makan minum dia saya jaga. Tapi akhirnya dia campak saya macam sampah tiada harga"

Dia kini berhadapan dengan dilema yang lebih dahsyat. Saya segera serahkan kes kepada peguam syarie untuk perjuangkan hak dia sebagai isteri. Semoga dia cekal untuk berlawan. Buang jauh rasa sayang.

Setiap yang datang kepada saya, saya terima dengan tangan terbuka dan hati tanpa prejudis. Saya tidak boleh menetapkan dia benar atau dia salah. Walau dia isteri ke-2, walau dia ada silapnya, tapi mujur dia sudah bebas dari neraka.

Setiap orang melakukan kesilapan. Apa yang silap dalam kes ini?

1. Perkahwinan di luar negara dan tidak didaftarkan di malaysia. Maka banyak perkara yang menjadi 'tergantung' dan tidak dapat dikuatkuasakan.
2. Berkahwin dengan vip bukan sesuatu yang membanggakan sebab kadang kala ia lebih membawa bala.
3. Tiada laporan polis dibuat atas kecederaan dilakukan atas dasar sayang seorang isteri.
4. Tiada medical report dan tidak dirujuk di hospital kerajaan untuk laporan perubatan.
5. Berdiam diri atas dasar sayang.

Kalau mahu bercerita tentang kes ini, boleh jadi telenovela 201 episod.

Cuma mohon semua perempuan, jangan berdiam diri bila dianiaya. Bercerita pada kaunselor, pada peguam, pada polis, pada doktor, ketua kampung, ibu ayah..itu bukan suatu yang membuka aib. Ianya adalah demi keselamatan dan kebaikan diri. Sayangi diri sendiri sebelum sayang org lain.

Notakaki: jangan terhegeh2 kalau orang buang kita. Dalam Islam memang ada pukul untuk memberi pelajaran pada isteri. Tapi kalau dah gini gaya, orang yang memukul tu yang perlu diajar. Brengsekk!

#jangankecammangsaini

P.s: ini bukan gambar dari google. Ini betuul betul.

kredit : kheyr hameed

0 comments :

Post a Comment

 
Top